Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA dakwa rakyat S'gor mahu DUN bubar
Diterbitkan:  Sep 3, 2014 2:55 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

NGO pendesak Melayu PERKASA mengadakan tinjauan pendapat pengundi di Selangor dan mendakwa majoriti rakyat di negeri itu mahu DUN negeri itu dibubarkan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ia membolehkan pilihan raya negeri diadakan selepas parti dalam Pakatan didakwanya engkar titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama atau lebih calon menteri besar untuk pertimbangan baginda.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata beliau sendiri membuat tinjauan rambang sekumpulan 20 pengundi yang mendapati 17 daripadanya menyatakan Sultan Selangor patut membubarkan DUN sementara bakinya berkecuali.

"Bukan setakat satu kumpulan 20 orang, saya bertanya tetapi lima kumpulan. Malah ahli-ahli PERKASA Selangor turut mengumpul pendapat dan majoriti rakyat Selangor mahu DUN dibubar.

"Politik Selangor sudah berkecamuk akibat permainan individu dan parti politik tertentu. PERKASA sokong jika MB Selangor menasihati DUN Selangor dibubarkan dan pilihan raya ngeri diadakan," katanya.

Ibrahim berkata krisis jawatan itu dijangka berlarutan selepas PKR dan DAP memutuskan hanya mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB, manakala PAS pula akan menghantar dua nama tetapi bukan dari kalangan wakil rakyat mereka.

Ibrahim berkata PAS sepatutnya mengemukakan dua calon atau lebih dari kalangan 15 ADUN merekadan bukan mencalonkan nama daripada parti lain.

"Saya tidak buta huruf atau tidak boleh membaca. (Tentang) maksud dua nama atau lebih dari parti masing-masing.

"PAS tidak hormati dan menyakini ahli-ahli YB-nya sendiri dan mengingkari titah Tuanku. Jelas mereka ini tidak mahu Tuanku mempunyai pilihan memilih yang terbaik selain menekan Tuanku untuk pilih kehendak mereka,” katanya.

Lihat Komen
ADS