Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang wanita warga emas rentung setelah terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Jalan Masjid, Taman Pantai Baru, Batu  Pahat, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid merangkap Komander Operasi Saif Ab Rahim berkata Asmah Taib, 88 tahun, dipercayai berada seorang diri di rumah papan setingkat itu kira-kira 12 tengah malam.

"Mangsa ditemui terbaring di atas katil dalam rumah itu kira-kira 45 minit selepas api dipadamkan. Anak lelaki mangsa yang berusia 40-an ketika itu dipercayai keluar makan ketika kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Baharu, hari ini.

Tujuh anggota dari balai bomba itu dapat memadamkan kebakaran pada 1.49 pagi.

Siasatan awal bomba mendapati  kebakaran dipercayai berpunca daripada dua pelita minyak tanah  di rumah itu, yang tiada bekalan elektrik, dengan satu dari pelita tersebut terletak berdekatan dengan mangsa, kata Saif.

- Bernama

Lihat Komen
ADS