Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota PRM dituduh hina IGP guna Twitter
Diterbitkan:  Sep 15, 2014 12:34 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM) Victor Wong mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau didakwa ekoran tweetnya pada 31 Ogos, yang dibuat sebagai reaksi terhadap penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pada hari itu.

Wong ditahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan pendakwaan tambahan bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau dituduh hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Wong diikat jamin RM4,000 dan perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober.

Wong, 44, seorang pengurus kilang dan penulis sambilan di portal berita The Ant Daily .

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS