Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS jadikan isu tebatan banjir di Sungai Golok
Diterbitkan:  Sep 15, 2014 5:18 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Projek tebatan banjir sepanjang Jalan Kasban di Sungai Golok yang dibina oleh kerajaan pusat nampaknya akan dijadikan isu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

    

Timbalan Setiausaha PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, projek bernilai RM3 juta itu adalah satu usaha yang sia-sia kerana ia tidak menyelesaikan masalah rakyat di beberapa kampung di situ.

    

Bercakap dalam sidang media PAS di Tumpat hari ini, Wan Abdul Rahim yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi PRK itu berkata, "Kita akan bangkitkan isu tebatan banjir itu..."  .

    

Beliau berkata projek tebatan itu memang bermanfaat ketika banjir tetapi mendatangkan masalah lain kerana air itu bertakung dalam tiga buah kampung selepas banjir.

    

"Selepas banjir penduduk seperti berada di dalam kolam kira-kira berbulan lamanya apabila tiada saluran air keluar," katanya.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat itu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir di daerah Tumpat tetapi ia mengalami masalah teknikal kerana tanah di sebelah Thailand adalah lebih tinggi dari tebatan itu.

    

Projek tersebut yang dimulakan Januari 2006 itu siap sepenuhnya pada Disember 2010.

    

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas akibat barah usus dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept sebagai hari mengundi.

    

Dalam PRK itu, Mat Razi Mat Ail dari BN menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

    

Dalam pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Nor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS