Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Apa perincian pada '4 teras' itu?
Diterbitkan:  Sep 15, 2014 7:40 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Tidak adil melarang rakyat Malaysia bercakap berhubung “empat teras utama” perlembagaan jika tiada sebarang perincian terhadap undang-undang dan larangan berkaitan dibuat, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Merujuk kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi ( bawah ), Zaid Ibrahim berkata, sistem aparteid di Afrika Selatan sebelum ini lebih baik daripada situasi di Malaysia kerana ia lebih jelas.

Zaid Ibrahim berkata, jika kenyataan menteri dalam negeri itu didengar dengan teliti, terdapat masalah berhubung apakah sebenarnya empat perkara yang yang dikumpulkan sebagai kontrak sosial itu.

“Umno akan menggunakan semua undang-undang yang ada untuk menghukum pihak yang mempersoalkannya...,” tulisnya dalam blog beliau hari ini.

Bermula dengan isu Bahasa Malaysia, Zaid Ibrahim berkata, tiada rakyat Malaysia yang berfikiran waras menentang bahasa kebangsaan.

“Ia mungkin wujud dalam minda menteri.

"Jika PM bercakap bahasa Inggeris dalam sidang media (dan beliau suka lakukannya) adakah beliau menghina bahasa kebangsaan?” soalnya.

Bernama semalam melaporkan kenyataan Zahid Hamidi, yang digelarkannya sebagai “Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lantang bersuara memperjuangkan empat teras utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”.

Menurut laporan itu, Zahid Hamidi berkata, beliau bukan perkauman atau menghalang hak bangsa lain tetapi cuma mahu menegakkan keistimewaan hak Melayu.

Empat teras yang diperjuangkannya, ialah Islam sebagai agama rasmi persekutuan, sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS