Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paul Low nafi kaitan dengan Ngau Boon Keat
Diterbitkan:  Sep 16, 2014 9:30 AM
Dikemaskini: 2:44 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan telah menafikan sebuah laporan portal berita yang mengaitkan beliau dengan Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, yang dilantik sebagai anggota lembaga Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC).

    

"Saya ingin menafikan bahawa saya mempunyai sebarang hubungan - biarpun pada masa lalu atau sesama ini, peribadi atau perniagaan - dengan Tan Sri Ngau Boon Keat.

    

"Sehingga kini, saya tidak pernah mempunyai kesempatan untuk bertemu dengannya, apatah lagi mengenalinya sebagai 'rakan baik' seperti didakwa dalam artikel berkenaan," kata Low dalam kenyataan hari ini berhubung berita yang disiarkan oleh 'Malaysia Today'.

- Bernama

Lihat Komen
ADS