Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TNB buat persiapan rapi hadapi PRK
Diterbitkan:  Sep 16, 2014 9:37 AM
Dikemaskini: 1:40 AM

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan elektrik berada dalam keadaan baik sempena pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor pada 25 September ini.  

    

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan elektrik.

    

"Semua yang terlibat dalam PRK ini tidak perlu risau mengenai bekalan elektrik kerana kita dah buat persiapan rapi dan persediaan di setiap lokasi

yang terlibat dengan proses PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Program Pendawaian Semula Bekalan Elektrik Kediaman Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Tebing di Tumpat semalam.

    

Di majlis tersebut 20 penduduk dari lapan buah kampung di kawasan Pengkalan Kubor menerima replika cek bernilai RM5,000 sebagai kos membiayai pendawaian semula elektrik di rumah mereka.

    

Katanya, daerah Tumpat merupakan daerah yang tertinggi menerima bantuan untuk pendawaian semula elektrik iaitu sebanyak 64 unit rumah.

    

"Kita peruntukkan RM1 juta bagi projek ini dan ia dikhaskan kepada golongan asnaf dan peruntukan itu menggunakan wang zakat perniagaan TNB bagi tahun kewangan 2011/2012," katanya.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS