Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu.

Menurutnya lagi, rakyat kini mula melihat prestasi sesebuah parti dan pemimpin yang menguruskannya seperti mana yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia pada pilihan raya presiden republik itu baru-baru ini.

"Sebab itu kita lihat walaupun Probowo yang hebat, harta yang kaya, bergabung tenaga dan di sokong parti Islam yang hebat, rakyat sukarela, bekerja kuat memenangkan jokowi.

"Apakah ini boleh berlaku kepada kita, supaya ia menjadi renungan kita bersama," katanya.

Mengulas perbezaan pandangan dalam parti, beliau menganggap ia sebagai "perbezaan dalam keluarga" dan memberi amaran tidak sesekali bertolak ansur untuk bekerjasama dengan Umno.

'Umno tetap musuh kita'

"Umno tetap musuh kita. Jangan cuba mengenyit mata kepada kami, jangan cuba hulurkan tangan kepada kami, kami akan tampar tangan kamu itu," katanya.

Menurutnya lagi, mempertahankan kemenangan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat bukan satu perkara yang mudah dan PAS perlu berkawan banyak pihak.

"Nak mempertahankan kemenangan kita mesti cari kawan yang sebanyak mungkin. hilang kawan, (berikan) kekuatan kepada musuh," katanya sambil mengimbau sejarah bertahaluf siasi dengan pelbagai parti termasuk Barisan Alternatif sehingga menguasai Kelantan dan Terengganu.

"Kita bertahaluf lagi pada 2008, kita muafakat, menang lima negeri. Sekali kita teruskan dengan Pakatan pada 2013, maka dapat tiga negeri tapi undi popular 52 peratus.

"Ertinya bila kita hilang kawan. Undi kita merosot, tambah kawan undi meingkait. Inilah poltik malasyia poltiik dilalaui sejak tahun 1955 sehingga sekarang," katanya.

"Oleh itu bagi Umno, mereka cukup bimbang. Adanya Pakatan, kerjasama PAS, Keadilan, DAP, dan NGO lain ini gelisahkan mereka iaitu mereka nampak Putrajaya mungkin terlepas dari tangan mereka," katanya.

Mohamad juga meluahkan rasa cemburu kepada DAP apabila anak muda Melayu yang berlatar belakangkan profesional mula mendekati parti itu, sekalipun dituduh chauvinis cina, anti-Melayu, anti-raja dan anti-Islam.

 

"Pemuda PAS hendaklah cemburu dengan hal ini. Kalau tidak, kita lihat  anak muda akan melingalkan kiat kalau kita tak dapat persembahkan prestasi apabila kita dapat kuasa.

"Alhamdulillah, semua orang tahu kenapa Kelantan dapat bertahan selama 20 tahun. Ini kerana prestasi yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Ini tak dapat dinafikan.

 

"Oleh prestasi kita dilihat oleh orang ramai sekarang bukan hanya slogan saja," katanya.

Lihat Komen
ADS