Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, isu berkaitan pembangunan di negeri Kelantan perlu dirujuk kepada kerajaan negeri.

Menurut Muhyiddin, sebarang pembangunan yang melibatkan negeri itu merupakan bidang kuasa kerajaan negeri dan tiada kena mengena dengan kerajaan persekutuan.

"Pembangunan? tanya kerajaan negeri," katanya ringkas kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Masjid Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung masalah banjir yang masih melanda di beberapa kawasan di Pengkalan Kubor.

Selain itu, timbalan pengerusi BN itu berkata lagi, kerajaan persekutuan hanya akan membantu kerajaan negeri sekiranya diperlukan.  

Bagaimanapun, beliau berkata, permohonan dana perlu dibuat bagi membolehkan pihak kerajaan membuat pertimbangan.

Malah, Muhyiddin juga berharap supaya kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS itu bekerja keras dan lebih bertanggungjawab bagi meningkatkan pembangunan di negeri tersebut.

'Kami ( kerajaan persekutuan) akan memainkan peranan. Dan jika kerajaan negeri memerlukan peruntukan dari kerajaan persekutuan bagi menangani masalah banjir, maka ia perlulah memohon dana tersebut dan kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS