Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno Rantau Panjang lapor polis terhadap exco K'tan
Diterbitkan:  Sep 16, 2014 9:19 PM
Dikemaskini: 1:25 PM

Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat Ahad lepas.  

    

Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

 

Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara di kalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.   

    

Mohd Nasaruddin adalah juga pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, dakwah, penerangan dan hubungan serantau negeri.

    

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS