Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tujuh orang lagi ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dipecat sejak minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 18 orang.

 

Presiden kesatuan itu, Abdul Razak Md Hassan memberitahu Malaysiakini semalam bahawa tiga daripadanya adalah ahli jawatankuasa cawangan dan empat lagi merupakan ahli biasa.

 

Beliau mengulangi bahawa pemecatan itu tidak adil kerana ahli-ahli kesatuan hanya menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan yang sah, dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya campur tangan.

 

"Kami berharap Liow dan perdana menteri campur tangan dengan segera kerana mereka dalam kedudukan untuk membuat keputusan segera bagi menghentikan tindakan ini.

 

"Kami berharap perdana menteri akan campur tangan sebelum pemecatan merangkumi pegawai dan ahli kesatuan yang lain, kerana tindakan akan diambil terhadap semua 700 ahli yang mengambil bahagian dalam piket," katanya.

 

RUM mengadakan piket pada 9 Mei menggesa peletakan jawatan Presiden KTMB, Elias Kadir.

 

Pada 11 Septembr, kira-kira seminggu yang lalu, Abdul Razak mengadakan sidang akhbar mendakwa bahawa 11 orang telah dipecat, 88 orang diberi surat tunjuk sebab, dan 13 lagi telah digantung perkhidmatan berkaitan dengan piket itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS