Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan sinis menyatakan penghargaannya kepada kerajaan BN atas “diskriminasi” yang dijalankan di negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan tidak mendapat bantuan untuk pembangunan dalam tempoh lima penggal antara tahun 1959 hingga 1974 ketika ditadbir PAS.

Bantuan pembangunan termasuk untuk membina jalan raya di Kampung Geting hanya disalurkan apabila negeri itu jatuh ke tangan BN selepas itu, kata Wan Abdul Rahim dalam sidang media di markas PAS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

Oleh itu, PAS tidak dapat menafikan bahawa penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar sememangnya membawa pembangunan ke kawasan tersebut, katanya lagi.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan kami ucap terima kasih dan PAS tidak nafikan pembangunan yang di bawa allahyarham Noor Zahidi.

"Namun sejak 1960, Geting memang didiskrimasikan (dari segi) pembangunan oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) dan agensi persekutuan.

“Jadi, segala pembangunan oleh kerajaan persekutuan sehingga kini kami ucap terima kasih", katanya sinis.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam .

Lihat Komen
ADS