Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Krisis dalaman PAS salah Anwar
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 5:17 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Menteri Kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyalahkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai pencetus kepada masalah yang timbul dalam parti PAS.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, Anwar juga mencetuskan “huru-hara” yang sama ketika bekas timbalan perdana menteri itu masih berada dalam Umno.

"Mula-mula Umno, sekarang PAS. Huru-hara dalaman ke atas parti-parti politik akibat tipu helah politik Anwar sangat menakjubkan,” katanya.

"Semua orang tahu pemimpin PAS kini bercakaran setiap hari kerana tipu helah politik Anwar," kata ahli majlis tertinggi Umno itu lagi dalam tulisan berbahasa Inggeris di Twitter.

Kenyataannya itu timbul ketika muktamar sayap parti PAS sedang berlangsung di Johor, yang antara lainnya menumpukan soal kerjasama dalam Pakatan Rakyat susulan 'Langkah Kajang'.

Kritikan ke atas Anwar dalam muktamar itu antara lainnya dikesan dari wakil Pemuda PAS Kelantan, yang mendakwa ketua umum PKR itu sentiasa melaksanakan perancangannya secara semberono.

Lihat Komen
ADS