Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis: Media disekat masuk Muktamar Muslimat

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan urusetia Dewan Muslimat PAS Pusat yang menghalang wakil media membuat liputan perjalanan muktamar Dewan itu.

Pengerusinya Dr Azman Ibrahim berkata apabila media dijemput membuat liputan, sepatutnya mereka diberikan akses yang selayaknya untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya.

"KAMI antara organisasi media yang turut menghantar sekumpulan petugas untuk membuat liputan perjalanan muktamar muslimat juga turut dihalang walaupun KAMI adalah organisasi media yang telus dan bebas.

"Kita sekarang bukan lagi berada di zaman berkonfrontasi dengan mana-mana media, malah menghalang tugas media sudah dikira tindakan ketinggalan ke belakang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman yang juga anggota Jawatankuasa PAS Terengganu berkata mana-mana organisasi politik yang bersikap tidak mesra media adalah suatu kerugian dan jika mereka tidak mahu media membuat liputan, seeloknya tidak perlu menjemput media ke muktamar itu.

Muktamar Dewan Muslimat PAS berlangsung di Johor, pagi ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS