Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi tetap Pemuda PAS keluar hospital
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 5:51 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari yang dihantar ke Hospital Kota Tinggi malam tadi kerana sesak nafas, sudah dibenarkan keluar dari hospital itu hari ini.

Timbalannya Dr Riduan Mohd Nor berkata Kamal dibenarkan keluar tengah hari tadi.

    

“Beliau diarahkan berehat oleh doktor dan tidak akan mengikuti Muktamar PAS di Batu Pahat esok," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, hari ini.

Beliau berkata Kamal pernah diserang angin ahmar enam tahun lepas.

Semalam, Kamal mengalami sesak nafas setelah timbulnya kekecohan ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54 semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi.

Situasi menjadi kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lepas tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian.

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam, Muhammad Fadhil Hasanuddin ialah adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Pulai.

Beliau berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

Dalam keadaan menangis, Kamal memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS bagi menyelesaikan isu itu.

Sebaik sahaja perwakilan setuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, Kamal mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke hospital itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS