Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP cabar kesahan Akta Hasutan
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 10:55 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran telah memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini untuk mencabar kesahan Akta Hasutan dari aspek perlembagaan.

 

Dalam permohonan itu, beliau memetik isu-isu kebebasan diri (Perkara 5), kesamarataan (Perkara 8) dan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10).

 

Ia difailkan oleh firma guaman Daim & Gamany dan ia ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen pada 14 Oktober.

 

Surendran dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos atas tuduhan menghasut berikutan satu kenyataan akhbar beliau yang dikeluarkannya pada 14 April 2014.

 

Kenyataan akhbar berkaitan rayuan anak guamnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap satu sabitan kes liwat.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS