Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AS$30 juta maklumat siapa tembak MH17
Diterbitkan:  Sep 18, 2014 2:50 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Sebuah firma siasatan Jerman bagi pihak pelanggannya dilapor menawarkan ganjaran AS$30 juta (RM97 juta) bagi mendapatkan bukti berhubung pihak bertanggungjawab menembak MH17 Julai lalu.

Wifka, firma yang berpangkalan di Schleswig Holstein itu berkata, pelanggannya itu berurusan melalui beberapa perantara dan tidak mahu identitinya diketahui.

Ia bagaimanapun memberi jaminan bahawa tawaran itu sah dan wang sudah sedia ada dalam simpanan di Zurich.

Ketua Wifka Josef Resch dipetik berkata demikian oleh USA Today , yang memetik majalah perniagaan berbahasa Jerman, Capital .

Majalah itu menyifatkan tawaran itu sebagai ganjaran terbesar setakat ini, melebihi tawaran AS$25 juta terhadap maklumat untuk menangkap pemimpin al-Qaeda Osama Laden sebelum ini.

Resch dilaporkan berkata, firmanya sudah dibayar AS$50,000 (RM161,800) dan akan mendapat lagi AS$650,000 (RM2.1 juta) jika menjumpai pemberi maklumat itu.

Firma itu menjanjikan kerahsiaan penuh terhadap pihak yang membantunya, malah menawarkan identiti baru kepada pemberi maklumat yang tampil.

Antara maklumat yang dicari seperti berikut:

  • Siapa tembak jatuh MH17 pada 17 Julai?
  • Siapa beri arahan?
  • Siapa cuba tutup kejadian tembakan itu? (Adakah disebabkan kemalangan dan bukan sebab politik, ekonomi atau ketenteraan?)
  • Siapa boleh beri makluman terperinci berhubung keadaan yang mendorong tembakan itu dibuat?
  • Siapa terlibat secara langsung dengan tembakan itu?
  • Apa berlaku kepada orang yang terlibat menembaknya? Apa berlaku kepada senjata digunakan?
[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS