Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hadir pada Muktamar PAS ke-60 yang julung kalinya diadakan di Johor, atas sebab kesihatan.

Walaupun tidak dapat hadir, bekas Menteri Besar Kelantan berusia 83 tahun itu tetap menyampaikan amanatnya kepada perwakilan menerusi sidang video secara langsung dari Kelantan.

"Muktamar adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam, berbincanglah dengan baik-baik," katanya kepada para perwakilan dalam amanatnya yang disiarkan menerusi beberapa skrin besar yang dipasang di dalam dewan, tempat muktamar berlangsung di Parit Raja di sini, yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Nik Abdul Aziz, bagaimanapun berkata beliau akan membantu jentera PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan pada 25 Sept ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser pada 20 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail dengan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

- Bernama

Lihat Komen
ADS