Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berjaya menangguhkan arahan mahkamah ke atasnya untuk menangkap seorang mualaf dalam pertikaian penjagaan anak.

Penangguhan itu diperolehi melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan hukuman ex-parte ke atas perintah yang dikeluarkan Rabu lalu.

Perintah penangguhan ex-parte adalah penangguhan yang dibuat dengan kehadiran sebelah pihak tanpa kehadiran satu lagi pihak.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat pada hari Rabu dan salinannya dikemukakan pada peguam, M Kulasegaran

IGP Khalid telahpun mengemukakan afidavit bersama permohonannya.

Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini memerintahkan IGP menangkap K Pathmanathan @ Mohamad Ridhuan Abdullah dalam masa tujuh hari dari Jumaat minggu lepas.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Penangguhan hukuman yang diperolehi AG diputuskan oleh seorang hakim, Hakim Aziah Ali.

Ia sama seperti kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin melawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir apabila penangguhan hukuman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS