Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Chong minta maaf, Umno tidak
Diterbitkan:  Sep 19, 2014 2:21 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

DAP mempertahankan MP Bandar Kuching, Chong Chieng Jen yang didakwa sudahpun insaf dan memohon maaf atas kritikan berhubung amalan memainkan lagu Negaraku di pawagam.

Ketua publisiti DAP, Tony Pua berkata Umno tidak berhak mengkritik Chong memandangkan parti tersebut tidak menunjukkan keinsafan selepas membuat kenyataan rasis atau berbaur perkauman ke atas kelompok minoriti dan jarang sekali memohon maaf.

“Oleh itu pemimpin Umno tidak berhak berlagak alim dalam isu permohonan maaf Chong kerana kelakuan mereka lebih teruk, terang-terangan membuat pembohongan jahat tapi tidak tarik balik kenyataan, apa lagi mohon maaf pada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi contoh tuduhan anggota majlis tertinggi Umno, Puad Zarkashi pada 2012 yang mendakwa golongan lelaki memakai baju dengan leher bentuk V sebagai homoseksual .

Katanya, Puad juga berbohong melalui kenyataan yang mendakwa DAP mencetak 100,000 naskhah Bible berbahasa Melayu dengan kalimah 'Allah'.

Beliau menyifatkan dakwaan Puad itu sebagai “gila” dan tidak berasas.

Seterusnya, Pua berkata Chong tidak mengkritik atau menghina lagu kebangsaan dan MP tersebut turut berdiri tanda hormat ketika lagu itu dimainkan.

Sebaliknya, kritikan itu ditujukan pada kewajaran memainkan lagu tersebut di pawagam.

“Ini kerana pawagam merupakan tempathiburan dan kewajaran memainkan lagu itu dipersoal kerana kesucian Negaraku mungkin terjejas,” kata Pua.

Chong dalam tulisan di Facebook mempersoalkan sekiranya rakyat Malaysia selepas ini akan dipaksa mendengar lagu kebangsaan “sebelum makan malam, sebelum tidur dan sebelum s...”

Beliau seterusnya memadamkan tulisan tersebut dan menerbitkan permohonan maaf, yang menegaskan bahawa beliau tetap dengan pandangan sama namun kesal dengan ayat yang digunakannya.

Lihat Komen
ADS