Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FB 'ayah legend': Lelaki ditahan Akta Hasutan
Diterbitkan:  Sep 19, 2014 4:15 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Penahananan bawah Akta Hasutan 1948 berterusan, kali ini giliran seorang lelaki yang didakwa pentadbir sebuah akaun Facebook parodi di Internet.

Syafiq Abdul Wahid ditahan di rumahnya pada jam 3 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Serdang, kata peguamnya Michelle Yesudas.

Syafiq direman tiga hari.

Polis mengesyaki lelaki itu sebagai pentadbir akaun menggunakan nama “Persatuan Kongsi Gelap Melayu”, kata Michelle.

“Pegawai penyiasat beritahu saya, polis akan mohon lanjutkan reman pada Ahad ini,” katanya.

Pengenalan laman itu menyebut: "Kisah ayah legend yang sembang kuat… Why so serious? Ni troll laaa bangang…”

Seramai 5,247 pengguna menekan butang “like” di Facebook itu sehingga jam 3.30 petang hari ini.

Dalam siri terbaru penguatkuasaan Akta Hasutan, pelbagai pihak sudah ditahan dan didakwa bawahnya, termasuk ahli politik, aktivis, ahli akademik, wartawan dan ustaz.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS