Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mencadangkan agar undang-undang berbentuk langkah pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) diwujudkan semula bagi membantu mengawal keselamatan negara.

Katanya, undang-undang sedemikian mampu membendung perbuatan melaga-lagakan sesama kaum dan yang menggugat keharmonian negara.

"Kita ini negara yang unik. Kita ada masyarakat berbilang kaum dan kita perlu undang-undang sebegini untuk menyekat org yang boleh gugat keselamatan," katanya.

Ucapannya itu disambut tepukan oleh kira-kira 300 hadirin yang hadir dalam forum bertajuk 'ISA: Masih relevan atau tidak?' anjuran NGO PERKASA.

Beliau juga berpendapat bahawa, Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan untuk menggantikan Akta Hasutan masih tidak lengkap.

Ia juga tidak mampu menenangkan kebimbangan masyarakat khususnya orang Melayu mengenai masalah kaum di negara ini, katanya.

"Dalam Akta Keharmonian Nasional salah satunya untuk melindungi hal-hal diskriminasi agama dan kaum tapi bagi saya, letaklah undang- undang apa sekalipun jika terus dinyatakan kaum itu sudah tentu ada wujudnya unsur perkauman," katanya.

ISA dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) pada 31 Julai 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun sama berjanji untuk memansuhkan ISA dan Akta Hasutan sebagai salah satu usaha transformasinya.

Lihat Komen
ADS