Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu setakat hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata

pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata 30 individu itu terdiri daripada lapan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang pegawai Kementerian Pendidikan, seorang jurutera, seorang wartawan serta 19 guru.

"Polis menjangkakan akan ada tangkapan lagi dalam masa terdekat, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, 11 daripada 14 individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala tiga lagi masih direman sehingga Isnin ini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS