Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan Jawa turut tampil sokong Azizah
Diterbitkan:  Sep 21, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Selepas aktivis NGO dan ketua-ketua kampung, persatuan Jawa pula hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru negeri itu.

Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa) berpendirian demikian kerana Azizah memenuhi syarat dinyatakan dalam undang-undang tubuh negari serta mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

“Kami iJawa cukup yakin pelantikan Wan Azizah, seorang pemimpin rakyat yang mengharungi pelbagai rintangan serta jerih perih penderitaan demi perjuangan rakyat, akan menjadi Dato’ Menteri Besar Selangor,” kata setiausaha agungnya Jamali Salamon.

Persatuan itu juga yakin Azizah mampu memberi tumpuan kepada pembangunan kediaman mampu milik, menggalakkan pelaburan luar dan pekerjaan kepada anak Selangor.

iJawa bagaimanapun menegaskan akan akur dengan siapa sahaja yang diperkenan sultan asalkan mempunyai majoriti sokongan ADUN secara sah.

iJawa merupakan badan NGO yang terlibat dalam membuat program kajian berkaitan budaya dan sosiobudaya kaum etnik terutamanya etnik Jawa.

Pada 15 September lalu, hampir 50 pemimpin NGO dan ketua kampung di Selangor berhimpun di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menunjukkan sokongan kepada Azizah.

[Baca kenyataan penuh iJawa]

Lihat Komen
ADS