Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk bantah aktiviti pembalakan haram
Diterbitkan:  Sep 22, 2014 8:37 AM
Dikemaskini: 6:49 AM

Penduduk Kampung Semadang di Km38 Jalan Puncak Borneo dekat Kuching mengadakan demonstrasi secara aman untuk membantah aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan mereka.

    

Mereka juga membantah penggunaan Jalan Kampung Semadang-Kampung Danu sejauh 2.5km oleh sebuah syarikat pembalakan untuk pergerakan jentera dan penghantaran balak syarikat itu.

    

Ketua kampung, Samson Mangang berkata semasa mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk kampung bersetuju sebulat suara untuk membantah sebarang bentuk pembalakan haram di hutan itu.

    

Beliau berkata mereka akan menghalang mana-mana kenderaan atau jentera syarikat pembalakan melalui jalan dan menceroboh tanah mereka.

    

Samson berkata pada Jumaat, dua daripada jentera syarikat pembalakan itu dilihat memasuki kawasan pembalakan, melalui jalan yang baru dibina.

    

"Jalan itu dibina untuk keselesaan penduduk kampung dan bukan untuk tujuan pembalakan," kata Samson dan menambah beberapa pemilik tanah telah menyerahkan tanah bagi pembinaan jalan tanpa menerima apa-apa pampasan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS