Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GM PMINT meninggal selepas majlis persaraan
Diterbitkan:  Sep 22, 2014 9:00 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Selepas beberapa jam diraikan dalam majlis persaraannya selaku pengurus besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Datuk Wan Zahari Wan Ngah meninggal dunia di kediamannya petang semalam.

    

Allahyarham Wan Zahari meninggal dunia di kediamannya di Taman KP Perdana, Kubang Parit pada jam 4.30 petang.

    

Difahamkan, bekas pengarah Jabatan Bekalan Air Terengganu yang baru tiga bulan memegang jawatan sebagai pengurus besar PMINT itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit lelah.

    

Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pembangunan PMINT, M. Harith Hassan berkata Allahyarham kelihatan tidak bermaya ketika berucap sempena majlis persaraan itu, tengah hari semalam.

    

"Saya dimaklumkan beliau sudah lama menghidap penyakit tersebut," katanya dan menambah Allahyarham akan menyambut ulang tahun ke-60 selepas tengah malam tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Parit berhampiran kediamannya dekat Kuala Terengganu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS