Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah tetamu kehormat institut sains New York
Diterbitkan:  Sep 23, 2014 11:55 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menjadi tetamu kehormat pada majlis perasmian Program Institut Sains di New York Academy of Sciences di New York.

Rosmah, dalam ucapannya pada majlis itu mengimbas kembali kehadirannya pada kira-kira dua tahun lepas di dalam bilik ini bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama antara New York Academy of Sciences dan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk melaksanakan program Nobelist Mindset.  

“Program Nobelist Mindset merupakan sebahagian inisiatif "Crade to Career" bagi program pembinaan modal insan dalam Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global atau GSIAC," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Malaysia Datuk Seri Idris Jusoh, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi New York Academy of Sciences TC Westcott, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Asma Ismail dan Naib Canselor UKM Prof Datuk Azlan Ghazali.

GSIAC ditubuhkan pada 2010 dan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dianggotai beberapa kementerian, pemimpin korporat dan ahli akademik, dan anggota Majlis Presiden New York Academy of Sciences; dengan objektif untuk meningkatkan dan mengoptimumkan keupayaan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi bagi mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

Rosmah berkata program Globelist Mindset dirumus untuk menggalakkan budaya penyelidikan sains bertaraf dunia yang perlu untuk menamabh nilai dalam program transformasi ekonomi.

"Ia juga akan membawa kita ke landasan yang dirumuskan hampir 20 tahun lepas ke arah sasaran untuk memenangi Hadiah Nobel bagi negara dan mencapai kedudukan cemerlang di peringkat global," katanya.

Beliau berkata objektif berkenaan juga selaras dengan pewujudan program  Permata Pintar yang diilhamkannya pada 2008 dengan kerjasama UKM.

Beliau turut menegaskan akan hakikat bahawa masyarakat mendapat manfaat daripada pemikiran abstrak tahap tinggi dan keupayaan individu berbakat untuk mendapatkan dan mengunakan ilmu pengetahuan terkini dan strategi untuk menyelesaikan masalah serta mengamalkannya untuk tujuan murni.

"Individu berbakat memerlukan persekitaran sesuai untuk memupuk keupayaan mereka dan dibimbing menjadi bakat dalam bidang spesifik. Apabila dipupuk dari usia muda, bakat mereka boleh dioptimumkan untuk mencapai prestasi tahap tertinggi dalam mana-mana bidang," katanya sambil menambah program Permata Pintar menyediakan persekitaran pembelajaran secara holistik dan mampu memupuk potensi mereka untuk muncul sebagai bakat terbaik.

"Pendidik dan penyelidikan daripada anggota gabungan New York Academy of Sciences bekerjasama dengan rakan di Malaysia untuk membimbing pelajar sekolah berbakat daripada program Permata Pintar dan sekolah Kementerian Pendidikan, guru Sains dan saintis cemerlang daripada universiti-universiti Malaysia untuk menjadi saintis yang mampu memenangi hadiah," katanya.

Menggariskan kejayaan hasil daripada pemeteraian MoU itu dua tahun lepas, Rosmah berkata program itu fokus kepada kerjaya kepimpinan, pemikiran inovatif dan komunikasi dalam bidang spesifik bagi kesemua ketiga-tiga kumpulan.

Selepas dua bengkel diadakan pada Januari dan September 2013, katanya bengkel ketiga dijadualkan pada November tahun ini di Malaysia, akan fokus kepada pertukaran dan interaksi antara pemenang Anugerah Nobel ke Malaysia dan New York.

Para peserta telah mengadakan perjumpaan dengan pakar DNA di New York Dr. James Watson dan Sir Richard Roberts, pemenang Anugerah Nobel bagi Psikologi dan Perubatan di UKM.

Rosmah menyifatkan Sir Richard Roberts, yang turut serta dalam mesyuarat di Institut Sains minggu ini, sebagai “sumber inspirasi” bagi pelajar Permata Pintar dan saintis muda di Malaysia.

Program Institut Sains pada 2014 akan dihadiri 20 pelajar, lima saintis muda dan lima guru telah dipilih daripada kumpulan peserta daripada bengkel fasa satu di Malaysia.

Sebagai penaung Permata Pintar, Rosmah mengucapkan tahniah kepada Pusat Permata Pintar Negara, UKM dan New York Academy of Sciences atas kejayaan menganjurkan program kedua Institut Sains di New York.

Program lima hari itu akan memperkenalkan kepada peserta tentang program penyelidikan ARISE di New York University Polytechnic dan akan dibawa melawat Makmal Cold Spring Harbor di Long Island untuk mempelajari teknik mengenal pasti kod dan ciri DNA.

Peserta juga akan berupaya membangunkan dan meningkatkan kemahiran dan pembelajaran tentang kultur STEM daripada komuniti saintifik di New York, serta melawat muzium menempatkan bahan dan maklumat STEM di New York.

Rosmah berkata pelajar Permata Pintar dan guru yang kembali daripada program pertama itu "mendapat inspirasi daripada hasil kerja Dr Watson dalam molekul biologi dan genetik sehingga mereka mencadangkan projek 'Genome to Space' bagi Yayasan PERMATA, yang saya ialah pengerusinya”.

Yayasan itu mewujudkan makmal "Bar-Coding" di Pusat Permata Pintar Negara di UKM untuk membantu pelajar, guru dan saintis muda untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan dalam DNA, membangunkan kemahiran berkaitan STEM  dan meningkatkan minat dalam penyelidikan berkaitan STEM.

- Bernama

Lihat Komen
ADS