Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi tidak mahu DAP mendakwa yang keempat-empat Exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “pengkhianat” kerana mereka bekerja untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, empat Exco PAS itu telah jelas menyatakan kedudukan mereka sebelum ini dan memohon Setiausaha Agung Lim, Guan Eng agar melihat kembali tindakan dan ucapan beliau dalam pentadbiran Pulau Pinang yang turut berkepentingan untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas apakah kenyataan Guan Eng tersebut.

“Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat.

“Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

"Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan,” kepada Sallehen ketika ditemui wartawan selepas acara mengangkat sumpah menteri besar baru Selangor di Istana Alam Shah, Klang hari ini

Semalam Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan “kesal” dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletak jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

Sallehen dan tiga lagi bekas Exco PAS itu dilihat bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas Azmin mengangkat sumpah pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yang juga ADUN Sabak, menyatakan pertemuan itu tidak mempunyai maksud untuk minta dikekalkan jawatan mereka dan hanya pertemuan biasa.

“Tidak ada (minta kekal jawatan). Tuanku cakap terima kasih kepada empat Exco dan Khalid kerana bantu memboleh kerajaan negeri berjalan sehingga pelantikan menteri besar baru," katanya.

Sallehen berkata kedudukan empat Exco PAS itu kini terpulang kepada menteri besar baru, Azmin Ali.

"Itu bukan kuasa Tuanku i(lantik Exco). Tuanku hanya perkenankan nama-nama yang dihantar oleh menteri besar," katanya sambil menambah jika pada pandangan menteri besar, nama-nama itu sesuai dan bersetuju, maka ia akan diangkat.

"Cuma saya rasa, parti masih akan tetap mengekalkan exco yang sedia ada sebab masing-masing dah ada perancangan dan elok meneruskan kerja,” katanya.

Lihat Komen
ADS