Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS hari ini menafikan laporan sebuah blog yang mendakwa tiga orang penyokong PAS ditangkap oleh penyokong BN dan dibawa ke balai kerana mengoyakkan sepanduk parti itu.

"Tidak ada (tangkapan). Perkara ini tidak berbangkit.

"Kalau salah faham itu mungkin ada sikit-sikit," kata timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pengkalan Kubor Mohd Zaki Ibrahim.

Ketika ditanya adakah benar terdapat orang penyokong PAS yang mengoyakkan sepanduk milik BN, Zaki berkata: "tidak ada".

Seorang penulis blog, The Unspinners hari ini mendakwa tiga orang penyokong PAS ditangkap oleh penyokong BN dan di bawa ke balai polis.

Laporan itu juga mendakwa dua sepanduk BN di Kampung Bunohan dipercayai ditoreh menggunakan pisau sekitar jam 2 pagi hari ini.

Malah, The Unspinners mendakwa orang kampung turut mengejar kenderaan yang dinaiki penyokong PAS berkenaan.

Blog tersebut turut memaparkan beberapa gambar sepanduk BN yang telah dikoyakkan antaranya bertulis: "kito jange sokong parti hok ado brokar dan baru".

Lihat Komen
ADS