Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terminal RTS, S'pura belum terima pengesahan M'sia
Diterbitkan:  Sep 24, 2014 7:34 AM
Dikemaskini: 11:45 PM

Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura berkata republik itu sedang menunggu pengesahan daripada Malaysia mengenai lokasi terminal Sistem Transit Rapid (RTS) di Johor Bahru bagi membolehkan kajian fasa seterusnya projek itu dimulakan.

    

Kenyataan ini adalah sebagai respons kepada laporan media Malaysia yang memetik kenyataan Exco Johor yang juga pengerusi jawatankuasa kerja raya, kemajuan luar bandar dan wilayah Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad sebagai berkata, Singapura menangguhkan keputusan memilih jajaran bagi laluan RTS dan terminal RTS di Johor Bahru ialah di Bukit Chagar.

    

Dalam satu kenyataan, jurucakap MOT berkata: "Singapura memaklumkan kepada Malaysia pada tahun Jun 2011 bahawa terminal RTS di Singapura bakal terletak di utara Woodlands, berhampiran Republic Polytechnic".

    

"Singapura tidak menerima pengesahan rasmi dari Malaysia mengenai lokasi terminal RTS di Johor Bahru.

    

"Kami berharap untuk mendapat pengesahan Malaysia semasa pertemuan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) Malaysia-Singapura bulan depan, jadi projek itu boleh diteruskan ke fasa kajian seterusnya mengikut jadual, sebagaimana dipersetujui kedua-dua pihak,".

    

Jurucakap itu berkata pengesahan lokasi stesen RTS di Johor Bahru diperlukan sebelum kedua-dua pihak memuktamadkan jajaran merentasi antara JB dan Singapura.

- Bernama

Lihat Komen
ADS