Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH gesa tak mahu MB diktator
Diterbitkan:  Sep 24, 2014 10:49 AM
Dikemaskini: 6:24 AM

Barisan exco baru Selangor harus dibentuk dengan cara untuk mengurangkan kecenderungan pentadbiran menteri besar secara diktator, kata pemantau pilihan raya BERSIH.

Jawatankuasa pemandu BERSIH berkata, struktur yang lebih egalitarian akan mengukuhkan lagi cabang eksekutif dan membantu menghalang berulang krisis pentadbiran Selangor.

Menurut gabungan itu, pengukuhan institusi utama demokrasi berparlimen dapat mengelakkan parti pemerintah atau gabungannya, mencalon atau menyingkirkan menteri besar.

BERSIH berhujah, dalam norma Westminster yang menggariskan Perlembagaan Persekutuan, menteri besar hendaklah dicalonkan dan kebertanggungjawabannya, oleh oleh parti memerintah atau gabungannya.

“Perkara ini bukan hanya dapat mengelakkan krisis 2014 daripada berulang di Selangor, tetapi juga dapat menjadi model positif untuk kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS