Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CIJ: Hukum orang yang serang jurukamera
Diterbitkan:  Sep 24, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa pihak polis bertindak terhadap lelaki yang didakwa menyerang jurukamera sambilan, Lutin Ahmad pada hari Isnin.

“Serangan yang dikatakan itu bukan hanya serangan terhadap Lutin tetapi juga serangan terhadap kebebasan media,” kata CIJ dalam kenyataannya semalam.

Gesaan sama dikongsi Gerakan Media Marah (Geramm), perkumpulan longgar wartawan prokebebasan media, yang mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyiasat sekiranya insiden itu membabitkan pegawainya.

Lutin, 39, jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang didakwa dikasari di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kelmarin, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Sentul.

Dalam kejadian itu, Lutin mendakwa dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai kastam yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.

Pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin merakam visual kesemua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai.

Lutin memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang.

Kes ketiga tahun ini

Kes Lutin itu menjadikannya yang kesnketiga serangan terhadap media yang dilaporkan tahun ini.

Julai lalu, dua saudara kepada wanita yang dijatuhi hukuman gantung akibat kesalahan penyeludupan dadah, menyerang jurufoto Utusan Malaysia di perkarangan mahkamah Kota Bharu.

Dalam kes lain, jurufoto News Straits Times dipukul sewaktu acara persemadian mayat mangsa MH17 awal bulan ini atas alasan tidak mempedulikan permintaan privasi anggota keluarga.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS