Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya meluluskan permohonan pendaftaran 120 cawangan parti itu yang telah dikemukakan pada tahun lepas.

 

Ini berikutan penyelesaian luar mahkamah kes antara ROS dan parti itu semalam di mana ROS mengiktiraf jawatankuasa kerja pusat (CEC) semasa DAP yang dipilih semula pada September tahun lepas.

 

Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke dan pembantunya Vincent Wu, menghantar surat tersebut kepada ROS di Putrajaya hari ini, mendesaknya supaya meluluskan pendaftaran cawangan berkenaan.

 

Bercakap kepada media sebelum menyerahkan surat berkenaan, Loke berkata pihak berkuasa "tidak mempunyai sebab" untuk melambatkan kelulusan itu kerana ROS telah mengiktiraf CEC, yang telah meluluskan penubuhan cawangan-cawangan berkenaan.

Permohonan dibekukan

Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, DAP telah mengemukakan permohonan kepada ROS secara berperingkat sejak 29 Mei tahun lalu tetapi ia mengambil keputusan untuk membekukan permohonan itu sehingga selesai kes mahkamah.

 

Beliau berkata jumlah cawangan baru itu mengikut negeri ialah Kedah (4), Pulau Pinang (29), Perak (29), Wilayah Persekutuan (4), Negeri Sembilan (5), Melaka (2), Johor (15), Pahang (4), Sarawak (3) dan Sabah (6).

 

Tambahnya, cawangan-cawangan berkenaan melibatkan hampir 10,000 ahli DAP yang tidak boleh menjadi perwakilan pusat untuk menghadiri kongres kebangsaan parti itu tanpa kelulusan ROS.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS