Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengawal keselamatan menyamar polis diberkas
Diterbitkan:  Sep 27, 2014 4:39 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Seorang pengawal keselamatan diberkas selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam satu kejadian memeras ugut seorang peniaga kedai runcit di Sentul.

    

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata suspek, 48, dikatakan meminta wang perlindungan berjumlah RM2,000 dari peniaga sebuah kedai runcit di Kampung Chubadak Jaya, Sentul di ibu negara semalam.    

    

"Suspek telah mengugut pemilik kedai runcit, jika gagal membayar wang perlindungan, suspek akan menangkap pekerja kedai itu. Dia kemudiannya mengambil tiga kotak rokok sebelum meninggalkan kedai runcit tersebut," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

    

Munusamy berkata bertindak hasil aduan pemilik kedai runcit berkenaan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menahan lelaki itu di sekitar Sentul dan merampas sekeping kad Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) atas nama suspek dan kereta jenis Proton Wira.

    

"Hasil pemeriksaan lanjut, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana peras ugut dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam," katanya.

    

Katanya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS