Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

FOTO

Di negara matahari terbit pun pesta Jepun Bon Odori tidak semeriah di Malaysia. Dan warna-warni itu diteruskan dengan acara penuh warna-warni pada 20 September lalu.

Bukan sahaja warganegara Jepun di Malaysia, seperti biasa Kompleks Sukan Negara di Seksyen 20, Shah Alam dibanjiri orang ramai tidak kira bangsa daripada seluruh pelosok Selangor.

Mereka berpusu-pusu untuk menikmati keindahan budaya Jepun daripada pelbagai aspek, termasuk makanan, pakaian dan sudah tentu tarian dengan nyanyian dan paluan wadaiko (gendang) yang mempesona.

Suasana penuh ceria apabila orang ramai menyanyi dan menari bersama-sama walaupun sebahagian besarnya tidak faham walau sepatah pun perkataan Jepun selain “origato gozaimas” (terima kasih).

Pesta anjuran Kelab Jepun Kuala Lumpur dan menjadi acara pelancaran Selangor itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghabiskan hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar.

Turut dipersembahkan tarian pelbagai kaum di Malaysia.

 

 

Lihat Komen
ADS