Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jaminan polis untuk 157 orang yang terlibat dalam unit peronda sukarela Pulau Pinang (PPS) akan dilanjutkan selama sebulan lagi untuk siasatan lanjut.

 

Mereka termasuk Pengerusi PPS, Phee Boon Poh; Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

 

Rayer berkata, polis telah memaklumkan kepada beliau hari ini bahawa jaminan polis terhadap mereka dilanjutkan selama sebulan.

 

"Kami hanya diberitahu bahawa siasatan belum selesai lagi," kata Rayer (kanan) ketika ditemui di luar ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Jalan Patani.

 

Rayer berkata, jaminan itu boleh dilanjutkan selama tiga bulan.

 

Mengiringi Rayer dan kumpulan itu adalah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Anggota PPS telah ditahan oleh polis Pulau Pinang pada Hari Merdeka lepas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS