Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ROS ambil keterangan Azizah esok
Diterbitkan:  Sep 30, 2014 3:27 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan mengambil keterangan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail esok.

Menurut makluman biro komunikasi parti itu, proses itu akan dilakukan di pejabat ROS di Putrajaya pada jam 2.30 petang.

“Ini berkaitan satu aduan yang dibuat terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat PKR,” menurut makluman media itu.

Azizah dijadual ditemani peguam Ragunath Kesavan.

Pada 16 Ogos lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim ( kiri ) memfailkan aduan pada ROS atas tindakan PKR yang memecat keanggotaanya.

Aduan yang difailkan melalui Bon Advocates itu menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Sekiranya benar melanggar perlembagaan parti, pendaftaran parti itu mungkin dibatalkan.

Lihat Komen
ADS