Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat Aziz Bari esok
Diterbitkan:  Sep 30, 2014 3:35 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menjadi ahli akademik kedua yang disiasat bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai krisis menteri besar Selangor.

Menurut portal berita The Malaysian Insider, Abdul Aziz akan merekodkan kenyataannya di balai polis Sabak Bernam pagi esok.

Sebelum ini, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom disiasat dan dituduh di mahkamah bawah akta sama berhubung kenyataannya kepada portal Malay Mail Online.

Pihak pendakwaan menganggap komen Azmi sebagai menghina sultan Perak berikutan kenyataan yang dibuat berhubung krisis perlembagaan di Perak.

Abdul Aziz pula akan disiasat berhubung kenyataannya mengenai sultan Selangor.

Menurut The Malaysian Insider lagi, polis akan menyiasat Abdul Aziz mengenai dua artikel yang disiarkan portal itu pada 1 dan 9 September.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS