Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya tak pernah hina sultan, kata MP PKR
Diterbitkan:  Sep 30, 2014 3:56 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Anggota parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung kini diasak selepas mencadangkan undang-undang tubuh Selangor ditambah baik bagi mengelakkan kemelut menteri besar berulang di negeri itu.

Bagaimanapun ia tidak menutup mulutnya untuk bercakap dan mengangkat Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.

“Saya tidak pernah hina sultan, dan tidak pernah mencabar keputusan baginda untuk melantik Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor,” kata Gooi dalam kenyataannya.

“Isu mencabar pelantikan tidak berbangkit kerana parti saya sudah menerima pelantikan Azmin.”

Gooi merujuk kepada laporan polis terhadapnya oleh Pemuda Umno Kota Raja berhubung kenyataannya pada 24 September yang menggesa Pakatan membuat pembaharuan dalam undang-undang tubuh Selangor bagi mengelakkan kemelut menteri besar tidak berulang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS