Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan tidak mengendahkan memorandum PAS berhubung isu yang ditimbulkan seorang ahli majisnya Iszuree Ibrahim dalam muktamar, kata PAS Pulau Pinang.

Setiausaha PAS negeri Fadzil Kemi berkata, memorandum dihantar pada Lim pada Julai tetapi tiada respons.

Iszuree juga menghantar salinan ucapannya dalam muktamar kepada Lim bagi menyokong dakwaannya bahawa beliau disalah petik oleh Malaysiakini , tetapi digugurkan jawatan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Fadzil berkata, Iszuree hanya mencadangkan dasar dan sistem tanah lebih baik di Pulau Pinang kerana apa yang ada sekarang adalah legasi kerajaan BN sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media sebelum ini, Fadzil berkata, Iszuree tidak mempersoalkan dasar perumahan negeri dan isu itu boleh dibangkitkan dengan cara baik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS