Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
952 peruncit ditahan, 190 juta rokok dirampas
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 7:55 AM
Dikemaskini: Oct 1, 2014 3:29 AM

Kastam Diraja Malaysia menahan 952 peruncit yang menjual rokok seludup dan merampas 190 juta batang rokok dalam Ops Outlet yang dijalankan di seluruh negara bermula 2 Januari hingga 12 Ogos tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kesemua yang ditahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau didenda 20 kali nilai barangan yang diseludup atau kedua-duanya sekali.

    

"Dalam tempoh yang sama juga, 1,444 daripada 4,317 premis perniagaan yang diperiksa, didapati telah menjual rokok seludup," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khazali berkata melalui Ops Outlet ini, pihaknya akan memohon perintah remandaripada mahkamah bagi tujuan siasatan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam menyimpan, memiliki serta mengangkut rokok seludup.

- Bernama

Lihat Komen
ADS