Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Pakatan akan bincang isu PAS
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 8:30 AM
Dikemaskini: 12:32 AM

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.

    

Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

    

"Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

    

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

    

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi semalam.

    

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

    

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

    

"Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalammesyuarat Exco negeri esok bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

    

Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang kelmarin menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.

    

Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu.

  

- Bernama

Lihat Komen
ADS