Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada respons KM terhadap memo PAS'
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 8:49 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

PAS Pulau Pinang berkata tidak ada respons diterima daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap memorandum yang dihantar oleh PAS mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli majlis Iszuree Ibrahim di muktamar parti itu.

Setiausaha PAS Negeri Fadzil Kemi berkata memorandum itu dihantar kepada Lim pada bulan Julai, tetapi tidak ada jawapan dari KM.

Selanjutnya, Iszuree (kiri dalam gambar) telah menghantar satu salinan ucapannya di muktamar kepada Lim untuk menyokong dakwaannya bahawa dia telah disalah petik oleh Malaysiakini , namun dia telah digugurkan daripada jawatankuasa kecil Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Fadzil berkata, Iszuree hanya mencadangkan dasar dan sistem yang lebih baik berkaitan tanah di Pulau Pinang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Fadzil berkata, apa yang ada sekarang adalah warisan BN.

Katanya, Iszuree tidak mempersoalkan dasar perumahan di negeri itu dan isu tersebut boleh ditangani dengan bijaksana.

Fadzil berkata, PAS telah mengguna pelbagai saluran untuk bertemu dengan Lim bagi membincangkan isu pengusiran, terutama yang berkaitan dengan kampung-kampung Melayu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai ruang yang banyak dan hanya mempunyai dua ahli majlis di pulau itu dan PAS juga tidak ada ahli Exco dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, PAS Pulau Pinang mahu menemui KM pada pada 2 Oktober untuk membincangkan isu-isu tanah, dan kedudukan Iszuree dalam MPPP hanya sebahagian daripada agendanya.

Beliau juga menggesa Malaysiakini menarik balik artikel bertarikh 19 September dan "menulis semula tajuknya", dengan alasan apa yang Iszuree kata tidak sesuai dengan tajuknya. Malaysiakini tetap mempertahankan laporannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS