Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan dengar rayuan gereja Borneo
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Satu panel khas Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Sidang Injil Borneo (SIB) ke atas rampasan buku agama dalam bahasa Melayu yang mengandungi kalimah 'Allah'.

Ia ekoran kegagalan SIB untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Mei selepas mahkamah tersebut memutuskan bahawa is terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan ke atas mingguan Katolik The Herald.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa kalimah 'Allah' adalah hak eksklusif orang Islam.

Bagaimanapun, presiden SIB, Jerry Dusing sudahpun memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung isu berkenaan susulan rampasan ke atas buku agama tersebut pada Ogos 2007 oleh pihak berkuasa.

Permohonan tersebut dibuat sebelum semakan Gereja Katolik melibatkan The Herald.

Buku agama tersebut dikembalikan pada 2008 sebelum pilihan raya umum, namun permohonan semakan kehakiman tetap difailkan, kata Dusing yang menjelaskan bahawa tindakan tersebut menjejaskan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak.

Rampasan itu juga bertentangan dengan perjanjian bagi dua negeri tersebut untuk menyertai Malaya dan membentuk Malaysia.

Semakan oleh ketua biskop Katolik itu difailkan pada 2009, namun ia didengar terlebih dahulu dan diputuskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, ia boleh disemak semula kerana ketua biskop menafikan semakan ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS