Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chua: Tunjukkan pada Anwar kamu bos, Azmin
Diterbitkan:  Oct 1, 2014 2:44 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor harus membuktikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau benar-benar seorang 'bos' di negeri itu, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Chua berkata, Azmin harus membuktikan bahawa beliau bukan seorang menteri besar boneka kerana pengkritiknya akan terus mencari salah pentadbirannya.

Sambil menegaskan tiada tempoh bulan madu bagi Azmin, Chua berkata beliau akan terus menjadi perhatian musuh politiknya daripada luar atau dalam, malah daripada rakyat Selangor sendiri.

“Juga tidak harus dilupakan bahawa sultan Selangor akan memantaunya secara dekat,” katanya.

Chua juga berkata musuh terbesar timbalan presiden PKR itu sebenarnya anggota partinya sendiri.

[Baca berisa asal]

Lihat Komen
ADS