Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kpg Siam: K'jaan negeri beri bantuan guaman
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 9:19 AM
Dikemaskini: 7:00 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi bantuan guaman kepada penduduk Kampung Siam di Pulau Tikus, di George Town bagi menyelesaikan isu kampung berkenaan di mahkamah.

    

Ketua Menteri Lim Guan Eng ( bawah ) berkata selain Datuk Mureli Navaratnam yang mewakili 25 penduduk, pihaknya juga akan mengaturkan beberapa lagi peguam untuk mewakili penduduk berkenaan.

    

"Kita tidak seharusnya berputus asa," katanya kepada pemberita di George Town malam tadi.

    

Turut hadir dalam sidang akhbar itu Setiausaha Politik kepada ketua menteri, Wong Hon Wai, ADUN Pulau Tikus Yap Soo Huey dan beberapa wakil penduduk.

    

Rabu lepas, sekumpulan penduduk di Kampung Siam meminta kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan cadangan mendirikan hotel di kawasan itu yangmenyebabkan mereka terpaksa berpindah.

    

Wakil kumpulan berkenaan Boon Leua Aroomratana, 56, berkata 50 penduduk yangmendiami 22 rumah di kawasan itu menerima surat daripada syarikat yang ingin mendirikan hotel itu April lepas yang meminta mereka berpindah.

    

Lim turut mencadangkan penduduk-penduduk itu menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memudahkan urusan sekali gus menunjukkan kesepakatan antara mereka.

    

Pada masa sama, beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang permohonan untuk mendirikan hotel di kawasan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS