Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet: Kawalan harga rumah paling dinantikan
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 11:43 AM
Dikemaskini: 6:54 AM

Isu harga rumah antara kebimbangan utama rakyat Malaysia yang diharapkan disentuh dalam pembentangan belanjawan 2015 tidak lama lagi.

Menurut laman senarai hara tanah iProperty.com, sebanyak 62 peratus daripada 5,000 responden yang terlibat dalam tinjauannya berharap langkah-langkah kawalan harta tanah akan diperkenal.

Pembentangan belanjawan 2015 akan dibuat pada 10 Oktober ini oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Georg Chmiel berkata, perkara itu “tidak mengejutkan” kerana responden berkata, kemampuan terhadap harta tanah di negara ini berada pada tahap 7.29 daripada keseluruhan 10 mata (10 mata bermaksud tidak mampu sama sekali).

Ghmiel dalam kenyataannya berkata, kenaikan harga rumah dan syarat ketat membuat pinjaman perumahan antara faktor menjadikan pembelian rumah lebih sukar, terutamanya untuk pembeli kali pertama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS