Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kg Siam: DAP digesa tak tuding pada pihak lain
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Gerakan mahu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey membuktikan bahawa Kampung Siam (atau Lot 2103) digunakan untuk acara keagamaan sebelum 1996.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, Yap ( kiri ) patut melakukannya lebih daripada menuding jari kepada kerajaan BN sebelumnya.

“Ini tidak adil untuk Gerakan dan bekas kerajaan terdahulu,” kata Oh dalam sidang media semalam.

“Pakatan Rakyat sudah mentadbir Pulau Pinang selama enam tahun dan mereka sepatutnya sudah berpengalaman dalam pentadbiran.

“Bagaimanapun mereka terus mengelak untuk bertanggungjawab apabila hadapi masalah.”

Yap dalam sidang media di kampung itu semalam berkata, beliau akan memohon kepada Jabatan Warisan Negara supaya tapak itu diwartakan sebagai kampung warisan.

Penduduk kampung itu diminta mengosongkan tanah seluas 0.64ha di Pulau Tikus oleh pemaju yang mahu membina hotel.

Yap mendakwa, seperti dinyatakan dalam petisyen, tapak yang mempunyai 11 rumah dan 10 rumah kedai itu, dizonkan semula daripada untuk kegunaan keagamaan kepada komersial pada 1998, ketika BN memerintah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS