Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk PJ mahu campur tangan MB baru
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 12:19 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Penduduk Petaling Jaya mahu menteri besar baru Selangor Azmin Ali meneliti aduan mereka berkaitan pindaan “kontroversi” terhadap rancangan draf tempatan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kami bersama-sama suarakan kebimbangan mendalam terhadap banyak kontroversi sekitar amalan MBPJ untuk memperkenal perubahan dalam rancangan draf tempatan,” kata kenyataannya bersama 20 persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan majlis pengurusan bangunan.

Penduduk mendakwa, majlis itu bertindak bertentangan dengan kepentingan penduduk dan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan di negeri itu.

Mereka mendakwa, pindaan rancangan tempatan itu dipamer pada 5 Ogos walaupun tidak diluluskan ahli majlis.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS