Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmi Sharom disekat masuki UKM
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 12:31 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Profesor undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom disekat daripada memasuki kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi malam tadi.

Kumpulan mahasiswa Gabungan Mahasiswa UKM berkata, Azmi tidak dibenar memasuki kampus itu untuk memberikan ucapan berkaitan hubungan antara mahasiswa dan akta hasutan.

Mereka juga berkata, acara itu juga membawa mesej kenapa kebebasan akademik penting kepada mahasiswa di negara ini.

“Kami tiada pilihan dan terpaksa mengubah tempat sesi ucapan itu di kawasan lapang depan stesen kereta api KTM, dan ucapan itu bawah pemantauan ketat polis,” menurut kenyataan kumpulan itu.

Azmi antara yang sedang berdepan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 di mahkamah sekarang ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS